Monday, June 13, 2011

Tahniah buat sang penyu,sang kijang jangan bersedih

Assalamualaikum wbt., sejambak kesyukuran kehadrat Ilahi, diatas nikmat yang dikurniakan kepada kita yang melimpah ruah tidak terhingga.Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad, yang mewariskan Islam setelah memperjuangkannya bertahun-tahun.

Alhamdulillah, sabtu lepas, FAM telah menyempurnakan satu agenda besar dalam kancah bola sepak, iaitu perlawanan akhir Piala FA. Segulung tahniah buat pasukan peteh(terengganu)kerna berjaya meleburkan hasrat Kelantan untuk mengumpul semua piala pada musim ini.Walau bagai manapun, saya berharap pasukan The Red Worrior tidak merasakan pintu kejayaan sudah tertutup.Usahlah bersedih, kata orang dalam permainan ini, sudah menjadi adat, menang dan kalah.Saya berharap Dato' Karathu sudah menemui sedikit kepincangan yang berlaku dalam permainan malam sabtu lalu.Ini kerana, kesilapan tersebut boleh dijadikan pengajaran buat semua tantapan baik pemain mahupun penonton.

Saya juga berharap kepada pasukan Kelantan, agar usah gusar serta merasa kecewa yang melampau, semua ini sudah ditentukan oleh Allah.Walaupun tidak berjaya, namun persembahan yang ditunjukkan adalah yang terbaik.jadikan ini semua satu pengalaman berharga buat sikijang,untuk menempuh dua lagi perlawanan, bagi melayakkan pasukan kelantan merangkul piala liga super.Insyaallah.

Saya sebagai Presiden Imdan, mewakilkan semua rakyat kelantan yang berada di bumi UTMSkudai, menyokong penuh dan menerima apa yang berlaku.Akhir kalam,sekali lagi sya mengucapkan tahniah buat pasukan sang penyu diatas kejyaan malam sabtu lalu, dan juga tahniah buat sang kijang kerna mempamerkan aksi-aksi yang memukau kepada semua penonton.wasaalam
puok kita jange pecoh, gomo tetap gomo, sapa sokmo-sokmo.~anok klate bereh blako

Ismarizal Ismail
Presiden Imdan UTM 2010/2011

Sunday, May 8, 2011

Yayasan Sultan Kelantan Ditubuhkan



Tahniah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V kerana baru sahaja melancarkan Yayasan Sultan Kelantan, Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur.Penubuhan Yayasan Sultan Kelantan ialah untuk membantu mana-mana rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan dan juga sebagai menggerakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lainnya di samping memberi fokus kepada kegiatan pengembangan agama Islam. Sudah tentu memandangkan Tuanku Sultan Mohamad Ke V yang begitu mengambil berat soal kebajikan rakyat tujuan penubuhannya ialah bagi meringankan beban rakyat Kelantan Darulnaim yang dinaunginya.
Majlis itu dianjurkan oleh Pakatan Kelantan Darul Naim (Pakatan) - pertubuhan yang dianggotai oleh anak-anak Kelantan yang berada di KL, terutamanya mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan, ahli korporat dan politik.

Antara cadangan aktiviti sepanjang 2011.

1. Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur: 7hb. Mei 2011
2. Pengurniaan bantuan kenderaan, pakaian sekolah kepada pelajar miskin seluruh Negeri Kelantan: Jun 2011
3. Pengurniaan bantuan kewangan kepada golongan miskin tegar dan ibu tunggal: Julai 2011
4. Pengurniaan mesin kepada pengusaha-pengusaha industri kampung: Ogos 2011
5. Pengurniaan alatan bantuan pendengaran, kerusi roda kepada orang-orang kurang upaya: September 2011
6. Pengurniaan mesin hemodialysis kepada hospital terpilih: Oktober 2011
7. Pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir/bencana alam: Oktober/November/Disember 2011

Kami dari pihak Imdan mengucapkan beribu tahniah diatas penubuhan ini.Kami berpendapat bahawa, dengan penubuhan yayasan ini, akan mengurangkan lagi bebanan rakyat, terutamanya di Kelantan.Sejajar dengan kenaikan harga barang dan juga harga minyak baru-baru ini, yayasan ini dapat mengembirakan rakyat Kelantan.

Yayasan Sultan Kelantan Ditubuhkan

Tahniah buat Sultan Muhammad V kerana

Thursday, May 5, 2011

Wanita dimana levelmu..

Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi. 

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

- AFP



Berdasarkan penggumuman dari BWF itu, telah memangil saya untuk bersuara tentang peraturan baru itu. Saya menegaskan bahawa, peraturan tersebut merupakan peraturan yang jijik dan juga telah meletakkan taraf kaum hawa terlalu rendah.Ajaran Islam sememangnya tidak mengajar kita tentang perkara begini. Peraturan sebegini telah terpesong dari landasan Islam yang betul. Tambahan pula, peraturan ini menunjukkan maruah wanita boleh perkotakkatik, sesuka hati.

Disini  saya bertegas sekeras-kerasnya, supaya peraturan ini digubal dan difikirkan semula, agar tahap maruah wanita terus berada ditahap yang sepatutnya.Ayun teman-teman, kita nyatakan suara ketidak puasan hati kita, terhadap peraturan ini, disemua medium.Moga-moga, suara kita ini akan di ambil cakna oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini merupakan petikan temubual tv dengan orang kuat BAM.

"Siaran berita sukan TV malam tadi bila Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh menyokong pemain wanita Malaysia memakai skirt seperti yang diarahkan oleh BWF. Datuk Nadzmi dalam kenyataannya berkata Malaysia menyokong pemain wanita memakai skirt, "No problem (pakai skirt)... it looks better...." kata Datuk Nadzmi"


Timbalan Presiden
Ikatan Mahasiswa Darul Naim.

Saturday, April 30, 2011

kelantan merampas takhta liga

Assalamualaikum wbt...
 Semalan telah berlaku pertemabungan dua pasukan yang inginkan kemenangan, KElantan dan juga Kuala Lumpur.Kami dari Imdan mngucapkan tahniah atas kejayaan The red Worrior menumpaskan Kuala Lumpur, sekaligus menjadi pendahulu Liga.

Berita lanjut

KOTA BHARU – Tampuk pendahulu liga sekali lagi bertukar tangan, setelah Kelantan berjaya mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia, kemenangan malam tadi membolehkan The Red Warriors kembali merampas kedudukan dengan menyingkirkan pendahulu liga sebelum ini, Selangor ke tangga kedua menerusi perbezaan jaringan gol setelah kedua-dua pasukan terikat jumlah mata yang sama sehingga perlawanan malam tadi.

Seawal minit kelima, Kelantan mencemaskan pintu gol Kuala Lumpur menerusi rembatan deras Norshahrul Idlan Talaha yang tinggi melewati pintu gol setelah menyambut baik lontaran ke dalam Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu.

Lima minit kemudian, giliran pasukan pelawat pula mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi serangan balas pantas yang dilakukan Khairul Anuar Safie namun sepakan gunting See Kok Luen pula tidak mengenai sasaran.

Tiga minit kemudian, anak buah Razip Ismail sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi sepakan gunting Khairul Anuar dalam situasi kelam kabut didepan pintu gol Kelantan, namun Khairul Fahmi Che Mat pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.

Pada m-19, Kelantan seharusnya berada didepan namun S Chanturu mensia-siakan peluang terbaiknya apabila rembatan leretnya tersasar hanya beberapa meter disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur.

Seminit kemudian, penjaga gol pasukan pelawat, Norazlan Razali sekali lagi bekerja keras digawang golnya apabila terpaksa merembahkan badan untuk menyelamatkan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini Adenan.

Pada m-22, penyerang Kuala Lumpur, Muhammad Shafiq Johari mencuri tumpuan apabila sempat melakukan rembatan kencang dari sebelah kanan pintu gol memaksa Khairul Fahmi melayangkan badan menepis keluar percubaan tersebut.

Pada m-24, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi menceriakan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol pertama dalam perlawanan malam tadi. Gerakan solo menariknya dari tengah padang yang memperdayakan tiga pemain pertahanan Kuala Lumpur berakhir dengan rembatan rendahnya tepat menerjah jaring sebelah kiri untuk gol pertama Kelantan.

Separuh masa kedua menyaksikan Kuala Lumpur terlebih dahulu bijak mencuri peluang untuk memburu gol penyamaan apabila rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri pada m-48 nyaris menghasil gol namun Khairul Fahmi sempat melayangkan badan menyelamatkan percubaan tersebut.

Namun pada m-58, Muhd Badhri pula terlepas untuk menjaringkan gol peribadi keduanya apabila percubaannya dari luar kotak penalti dipatahkan Norazlan sekali lagi.

Tiga minit kemudian, penyokong setia Kelantan sekali lagi hampa apabila rembatan Norshahrul Idlan didalam kotak penalti ditepis keluar Norazlan sementara rembatan susulan Mohd Nizab Ayub pula tinggi melewati pintu gol Kuala Lumpur.

Begitu pun, semangat juang pemain muda skuad warga kota itu harus diberi pujian kerana mempamerkan persembahan bertenaga malah dilihat mampu menyaingi kehebatan pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi.

Peluang terbaik mereka hadir pada m-64 menerusi hantaran lintang Fahrul Razi Kamaruddin ke dalam kotak penalti yang menyaksikan ‘dummy’ Ahmad Hazwan membolehkan Khairul Anuar melakukan rembatan namun Khairul Fahmi ternyata cukup bersedia menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.

Kelantan sekali lagi kempunan untuk menjarakkan kedudukan pada m-73 apabila rembatan Norshahrul Idlan terkena tiang gol. Tindakan susulan Muhd Badhri selepas itu menyaksikan bola disepak keluar pertahanan Kuala Lumpur manakala rembatan susulan terakhir Mohd Izuan Salahuddin tersasar disebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.

Pada m-76, penyerang Kuala Lumpur, See Kok Luen seharusnya menceriakan pasukannya namun rembatannya singgah dipalang gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi sudah terkeluar daripada posisinya ketika itu.

Akhirnya, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Ekpres’, S Chanturu menamatkan keresahan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol kedua pada m-79. Berpunca lorongan cantik Muhd Badhri didalam kotak penalti, Chanturu pantas memanfaatkan peluang tersebut dengan merembat kencang untuk menewaskan Norazlan buat kali kedua.

Penyerang terbilang kebangsaan, Norshahrul Idlan gagal dalam usahanya untuk menambahkan koleksi gol peribadinya apabila percubaannya pada m-84 diselamatkan Norazlan biarpun hanya berhadapan dengan penjaga gawang Kuala Lumpur itu.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Mohd Farisham Ismail), Zairul Fitree Ishak, Mohd Izuan Salahuddin (Mohd Nurul Azwan Roya), Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

KUALA LUMPUR : Norazlan Razali, Fahrul Razi Kamaruddin, Muhd Shahrom Abd Kalam (KP), Farouk Hashim, Muhammad Shafiq Johari, Ahmad Dashila Tajudin, Khairul Anuar Safie (Muhammad Afiq Azmi), See Kok Luen (Mohd Badrul Hisyam Azmi), Mohd Nazrin Mohd Nawi, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhd Hazwan Rahman (Mohd Syazmin Firdaus).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (8) Kuala Lumpur (5)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Kuala Lumpur (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (10) Kuala Lumpur (9)
Sepakan percuma : Kelantan (13) Kuala Lumpur (25)
Offsaid : Kelantan (6) Kuala Lumpur (6)
Kekasaran : Kelantan (18) Kuala Lumpur (6)
Kad kuning : Kuala Lumpur (Muhammad Shafiq Johari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Kuala Lumpur (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1: Zulfikar Abdullah
Penolong Pengadil 2: Rosli Saaban
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Mohd Said
Kommisioner Perlawanan : Ajam Suhud
General Kordinator : Arif Hassan

Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

Perutusan peperiksaan akhir dari Presiden IMDAN

Alhamdulillah, seraup kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurnia Nya, kita masih berada bersama nikmat Iman, Islam dan Ihsan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat serta tabien, tabi’ tabien dan para mujahid yang sentiasa meletakkan syahid sebagai hala tuju utama kehidupan mereka


haRi berganti hari,minggu berganti minggu,kita sudah berada di minggu-minggu terakhir pengajian semester ini. di saat ruang yang diberikan ini, Saya menyeru agar kita mengambil kesempatan yang masih ada ini untuk membuat persedian secukupnya demi menghadapi helaian kertas peperiksaan akhir nanti dengan cukup bersedia dan yakin.
namun begitu, kejayaan bukanlah dengan hanya menelaah buku, tapi kita seharusnya menyucikan jiwa kita dengan ibadah kepda Allah. Moga-moga kita diberi petunjuk semasa menjawab peperiksaan nanti.
Doa + usaha + ikhtihar + tawakal, insyaallah kejayaan akan kita perolehi.

Firman ALLAH yang bermaksud,
"dan apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH"
(Surah Ali-Imran: 159)

Akhir kalam, saya dan juga para pimpinan IMDAN mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.Dikesempatan yang ada ini jaganlah kita sia-siakan. Marilah kita buktikan kepada semua, kita anak kelantan merupakan mahasiswa yang terbaik di bumi UTM.

Salam perjuangan kepada semua.selamat maju jaya.

Ismarizal Ismail
presiden IMDAN