Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Mahasiswa Sila Ambil Perhatian - PTPTN DI HAPUSKAN

~Apakah janji ini akan dikotakan~

JIKA TIPU - BANGUN DAN LAWAN







KELANTAN MAHU HAPUS HUTANG PTPTN - mkini

Exco kananan kerajaan Kelantan Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005...

Source: Mohd Rizuwan Bin Yaacob
             Timbalan Presiden IMDAN 10/11
dan Tukar Tiub

Saturday, December 24, 2011

Adam Adli tekad perjuang kebebasan mahasiswa


KUALA LUMPUR, 24 Dis: Walaupun ditekan hebat termasuk menerima ancaman ugutan bunuh, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini.

Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini.

Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.

"Kini para mahasiswa sudah tidak lagi boleh bersabar dengan kongkongan kerajaan terhadap kami. Kerajaan yang memerintah tidak selamanya boleh bertindak sesuka hati terhadap mahasiswa dan menzalimi rakyatnya," katanya.

Bercakap kepada Harakahdaily pada satu pertemuan eksklusif sekitar 10 minit selepas memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, semalam, beliau mengakui tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh kesedaran dan mempunyai mesej jelas mengenai perkara itu.

"Saya tidak bermaksud untuk menghina. Tetapi itulah mesej kami. Sebab itulah bendera itu pun hanya saya turunkan sekejap sahaja, tak sampai pun lima minit dan kemudian saya naikkan kembali dengan baik," jelasnya.

Semua pihak, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sewajarnya memutarbelitkan kenyataan serta membuat fitnah kepada beliau dan rakan-rakannya yang lain.

"Kalau saya dan rakan-rakan saya tak naikkan kembali bendera Perdana Menteri yang kami turunkan itu, lainlah pula ceritanya," ujarnya.

Namun, dengan hanya menurunkan bendera tersebut dalam tempoh kurang lima minit, beliau berharap agar mesej protes mahasiswa berhubung perkara itu dapat dibaca dengan baik oleh pihak kerajaan.

Beliau bagaimanapun amat kesal kerana tindakan mereka itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga mengaitkannya dengan jenayah, walaupun ia jelas bukan jenayah.

Malah tindakan tersebut selaras dengan amalan demokrasi di negara ini yang memberikan kebebasan berhimpun secara aman dan bersuara kepada rakyat, termasuk di kalangan mahasiswa, seperti yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Di mana-mana negara sekalipun yang mengamalkan demokrasi di dunia ini, terutama di negara-negara maju, suara mahasiswa tidak akan disekat.

Katanya, malah suara mahasiswa diakui mempunyai kuasa tersendiri dan perlu didengari serta dihormati kerana para mahasiswa juga mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya bagi kepentingan agama dan tanah air.

"Malaysia yang berada di bawah pemerintahan BN dan sedang menuju ke arah negara maju, bagaimanapun menafikan suara dan hak mahasiswa. Inilah yang amat dikesali oleh kami," ujarnya.

Beliau berharap agar siri-siri protes yang dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya yang bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan lain-lain badan akan mengubah dasar kerajaan terhadap mahasiswa.

"Pada kami, Auku bukan perlu dipinda, tetapi dimansuhkan. Jika kerajaan tetap enggan mendengar desakan kami, kami tidak akan berdiam diri, malah terus berjuang dan mengadakan pelbagai kempen mengenainya, selaras dengan hak kami dan rakyat negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Para mahasiswa yang berada dalam kumpulan Pro Mahasiswa, tambahnya, berbeza dengan mereka yang berada dalam kumpulan Pro Aspirasi, malah mereka tidak akan berganjak dari matlamat perjuangan mereka walaupun akan digula-gulakan oleh para pemimpin Umno atau BN.

Beliau bersyukur kepada Allah kerana tidak berkeseorangan dalam perjuangan itu, malah disokong penuh oleh rakan-rakan pelajarnya yang lain serta lain-lain pihak yang sedar dengan hak masing-masing di tanah air sendiri.

"Kita rakyat Malaysia atau warganegara Malaysia mempunyai hak ke atas negara ini dan berhak bersuara demi kepentingan agama dan negara. Janganlah lagi hak kami itu dinafikan oleh kerajaan yang memerintah sekarang," tegas beliau. 

Sebelum itu, beliau dengan ditemani rakan-rakannya dalam SMM telah memberikan keterangan selama sejam bermula jam 11.00 pagi kepada pihak polis, berhubung laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Tun H.S Lee, Isnin lalu membabitkan kes ugutan bunuh terhadapnya.

Sebaik selesai memberikan keterangan kepada ASP Anan, beliau terus diserbu oleh pihak media termasuk dari dalam dan luar negara, bagi mengetahui perkembangan terkini mengenainya untuk dikongsi bersama segenap anggota masyarakat terutama di negara ini.

Walaupun banyak syarikat penerbitan yang ingin mengadakan temubual eksklusif dengannya terutama pada hari itu, tidak kesemuanya dapat dipenuhi kerana kesuntukan masa, lebih-lebih lagi setelah azan dari masjid-masjid hampir berkemundang bagi memanggil umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Masa dah terlalu suntuk untuk solat Jumaat. Kalau Harakahdaily ingin mengadakan juga temubual eksklusif hari ini, hanya sempat sekitar 10 minit sahaja," jelasnya sambil menyeka peluh yang memercik di dahi kerana cuaca panas dan kesibukannya melayani pelbagai pertanyaan para wartawan yang telah menunggunya hampir dua jam di IPD Polis Dang Wangi semalam.

sumber

Sunday, April 17, 2011

Perutusan peperiksaan akhir dari Presiden IMDAN

Alhamdulillah, seraup kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurnia Nya, kita masih berada bersama nikmat Iman, Islam dan Ihsan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat serta tabien, tabi’ tabien dan para mujahid yang sentiasa meletakkan syahid sebagai hala tuju utama kehidupan mereka


haRi berganti hari,minggu berganti minggu,kita sudah berada di minggu-minggu terakhir pengajian semester ini. di saat ruang yang diberikan ini, Saya menyeru agar kita mengambil kesempatan yang masih ada ini untuk membuat persedian secukupnya demi menghadapi helaian kertas peperiksaan akhir nanti dengan cukup bersedia dan yakin.
namun begitu, kejayaan bukanlah dengan hanya menelaah buku, tapi kita seharusnya menyucikan jiwa kita dengan ibadah kepda Allah. Moga-moga kita diberi petunjuk semasa menjawab peperiksaan nanti.
Doa + usaha + ikhtihar + tawakal, insyaallah kejayaan akan kita perolehi.

Firman ALLAH yang bermaksud,
"dan apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH"
(Surah Ali-Imran: 159)

Akhir kalam, saya dan juga para pimpinan IMDAN mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.Dikesempatan yang ada ini jaganlah kita sia-siakan. Marilah kita buktikan kepada semua, kita anak kelantan merupakan mahasiswa yang terbaik di bumi UTM.

Salam perjuangan kepada semua.selamat maju jaya.

Ismarizal Ismail
presiden IMDAN

Thursday, February 24, 2011

Keputusan PRK UTM 2011 - Calon Umum JB

Berikut adalah keputusan Pemilihan MPM bagi calon umum UTM kampus Johor Bahru:

1. Siti Naimah (8562 undi)

2. Ayu (7558 undi)

3. Khairul Nizam (7179 undi)

4. Miqdad (6920 undi)

5. Nor Aida (6688 undi)

6. Wan Frany (6565 undi)

7. Afdhal (6365 undi)


8. Iskandar (6213 undi)

9. Hasrul (6115 undi)

10. Rabiul Ain (6040 undi)



Senarai di bawah ni boleh masuk Kelab Calon Kalah (KCK):

11. Fatiha (5856 undi)

12. Yeang (5575 undi)

13. Munzir (5464 undi)

14. Ikmal (4922 undi)


15. Abu Hassan (4765 undi)

16. Chaw (4728 undi)

17. Yang (4100 undi)

18. Abdah (4049 undi)

19. Lee (3449 undi)

20. Sazari (2936 undi)


nota: Yang nombor satu tak semestinya jadi presiden.

nota lagi: Yang oren tu Pro-M.

Thursday, February 17, 2011

JOM!!! PUAK2 KITO BLAKO G NGUNDI UTK PILIHAN RAYA KAMPUS UTM 2011


ASSALAMUALAIKUM UNTUK MAKLUMAN

TARIKH PENAMAAN CALON DAN PEMBUANGAN UNDI SEPERTI BERIKUT

PENAMAAN CALON : 17 FEBUARI 2011 (KHAMIS)
PEMBUANGAN UNDI : 21 FEBUARI 2011 (ISNIN
)


PILIHLAH PEMIMPIN MAHASISWA SEBAIKNYA

MASA DEPAN UTM DI TANGAN ANDA.


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

TIMB. PRESIDEN IMDAN UTM
Mohd Rizuwan Bin Yaacob
http://rizuwankini.blogspot.com/