Sunday, May 8, 2011

Yayasan Sultan Kelantan Ditubuhkan



Tahniah buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V kerana baru sahaja melancarkan Yayasan Sultan Kelantan, Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur.Penubuhan Yayasan Sultan Kelantan ialah untuk membantu mana-mana rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan dan juga sebagai menggerakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lainnya di samping memberi fokus kepada kegiatan pengembangan agama Islam. Sudah tentu memandangkan Tuanku Sultan Mohamad Ke V yang begitu mengambil berat soal kebajikan rakyat tujuan penubuhannya ialah bagi meringankan beban rakyat Kelantan Darulnaim yang dinaunginya.
Majlis itu dianjurkan oleh Pakatan Kelantan Darul Naim (Pakatan) - pertubuhan yang dianggotai oleh anak-anak Kelantan yang berada di KL, terutamanya mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan, ahli korporat dan politik.

Antara cadangan aktiviti sepanjang 2011.

1. Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur: 7hb. Mei 2011
2. Pengurniaan bantuan kenderaan, pakaian sekolah kepada pelajar miskin seluruh Negeri Kelantan: Jun 2011
3. Pengurniaan bantuan kewangan kepada golongan miskin tegar dan ibu tunggal: Julai 2011
4. Pengurniaan mesin kepada pengusaha-pengusaha industri kampung: Ogos 2011
5. Pengurniaan alatan bantuan pendengaran, kerusi roda kepada orang-orang kurang upaya: September 2011
6. Pengurniaan mesin hemodialysis kepada hospital terpilih: Oktober 2011
7. Pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir/bencana alam: Oktober/November/Disember 2011

Kami dari pihak Imdan mengucapkan beribu tahniah diatas penubuhan ini.Kami berpendapat bahawa, dengan penubuhan yayasan ini, akan mengurangkan lagi bebanan rakyat, terutamanya di Kelantan.Sejajar dengan kenaikan harga barang dan juga harga minyak baru-baru ini, yayasan ini dapat mengembirakan rakyat Kelantan.

No comments:

Post a Comment