Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts

Friday, February 4, 2011

IMDAN: Selamat Tahun Baru Cina


Ikatan Mahasiswa Darul Naim (IMDAN) ingin mengucapkan kepada semua mahasiswa kelantan Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 Safar 14323 Febuari 2011. Selamat Tahun Baru.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan mahasiswa kelantan Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun Arnab.

Arnab melambangkan kepantasan dan mesra, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk mahasiswa kelantan Tionghua lebih maju ke hadapan di dalam apa jua bidang, terutama dalam suasana sosioekonomi yang mencabar sekarang.



Sesungguhnya mahasiswa kelantan Tionghua adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap ekonomi dan politik baru di negara kita. Semoga ia selari dengan hasrat semua dan kehendak pencipta alam sejagat.

Kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama.

Hasrat kita semua untuk berjaya melaksanakan dasar yang adil dan saksama.
Akhir kata, Gong Xi Fa Cai semoga Allah SWT memberkati kita semua.

Sunday, January 30, 2011

Piala Sumbangsih: Tahniah Buat Pasukan Kelantan..


Ikatan Mahasiswa Darul Naim (IMDAN) mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak KELANTAN kerana terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama kalinya setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Perlawanan malam tadi cukup menun jukkan bahawa kelantan adalah pasukan sukar untuk digugat yang turun sebagai juara piala malaysia.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.
Tahniah juga buat jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.
Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.
Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.
Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro. Pihak IMDAN mengharapkan pasukan bola sepak Kelantan terus maju dalam arena persada sukan tanah air.

Presiden IMDAN