Thursday, December 22, 2011

Tok Guru Nik Aziz Dalam Keadaan Nazak?

Betulkah kenyataan ini?? Jika benar sama-samalah kita mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada tok guru.. Amin..

Berita Bertarikh: 22/12/2011

Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.

Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walau apa pun, tidak kira penyokong atau pengikut parti politik kerajaan mahupun pembangkang sama-samalah kita sedekahkan doa agarkan beliau sembuh seperti sediakala.

sumber berita blog Timbalan Presiden IMDAN

Friday, December 9, 2011

GERHANA BULAN PENUH

SHAH ALAM- Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada hari ini,10 Disember.

Menurut laman web falak-online, fenomena sama sebelum ini berlaku pada bulan Jun tahun lalu. Bagaimanapun, gerhana yang akan berlaku, dijangka tidak seperti tahun lepas yang mana ia berlaku pada lewat tengah malam sehingga matahari terbit keesokan paginya.

"Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai," laman web itu dipetik.

Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

Untuk maklumat lanjut layari www.falak-online.net

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1g5WFLe72

Wednesday, October 19, 2011

RM60,000 The Red Warriors, Walau Gagal - Tok Guru

KOTA BHARU, 19 Okt 11: Biar pun pasukan The Red Warriors (TRW) gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun kerajaan negeri tetap menghargai kesungguhan pemain. 

Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan menyumbang sejumlah RM60,000 kepada pasukan bola sepak sebagai insentif penghargaan terhadap usaha mereka menaikkan imej negeri ini dalam sukan bola sepak negara. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun TRW gagal ke peringkat separuh akhir, namun kerajaan negeri tetap menghargai sumbangan pasukan itu.Katanya, kesungguhan pemain tetap dihargai biar pun ketika menang atau atau sebaliknya.

”Pada perlawanan peringkat suku akhir baru-baru ini kita tewas kepada Terengganu dengan agregat 2-5 dalam perlawanan penentuan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap peminat bola sepak perlu menyedari nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan tahun ini. Kata beliau kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini bagi menjemput pemain dan pihak pengurusan hadir pada majlis makan tengahari.

“Insentif itu akan disampaikan pada satu majlis makan tengahari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Dewan Teratai sebelum Hari Raya Aidiladha ini,” ujarnya. (IH)