Nik Aziz menerima memorandum dari mahasiswa di pejabatnya
Menteri Besar Ke
lantan,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati
terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).
Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan
mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21
tahun lalu.
“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya.
( Gambar kiri,Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz)
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 10 orang wakil
Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan memorandum
Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus dan
Mahasiswa.
Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga
jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi
Menteri Besar, Kota Darulnaim.
Sambungnya, ia adalah antara kezaliman serta ketidakadilan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri.
Tambahnya,
malah dirinya sebagai orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat
secarah sah dalam pilihanraya umum sejak 21 tahun lalu turut dinafikan
banyak haknya sebagai ketua kerajaan di negeri itu.
Katanya,
menyentuh akta ini semua golongan mahasiswa tidak boleh bebas dalam
menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu.
Jelasnya, golongan terpelajar ini bukan sahaja
belajar di universiti, sebaliknya juga di luar seperti berhimpun
sebagaimana Islam sendiri mengajar umatnya berhimpun lima kali sehari
untuk menunaikan solat.
“Pergi solat berjemaah nak sebut
berhimpun ke, demontrasi ke sama saja, sebab demontrasi ni maksudnya
berhimpun di masjid beramai-ramai di masjid, Arafah setahun sekali dan
ianya ada asas dalam Islam.
“Kerana itu demontrasi ni adalah
hak manusia, hak pelajar di mana mereka (pelajar) bakal menjadi
pemimpin di suatu hari nanti,”ujarnya.
Katanya, semua pemimpin
dan menteri yang ada sekarang ini akan meninggal dunia suatu hari nanti
dan golongan pelajar hari ini bakal menggantikan mereka.
Sehubungan
itu, beliau begitu bersetuju sekiranya pelajar bermula di peringkat
bawah hingga ke peringkat paling atas diajar bagaimana untuk berurusan
dengan rakyat.
“Pelajar universiti ni belajar bukan untuk
menjadi orang kaya semata-mata, jadi menteri ke, bukan sebaliknya
mereka perlu dilatih bagaimana menjadi seorang pemimpin,”ujarnya.
Beliau
bagaimanapun menyatakan memorandum yang diserahkan padanya untuk
meminta kerajaan negeri bersuara berhubung AUKU agar dimansuhkan, ianya
tidak boleh dilakukan.
Jelasnya, kerajaan negeri tidak ada hak
untuk berbuat demikian, kecuali sekiranya perkara yang sama berlaku
dalam Yik ianya akan ditangani mengikut cara Islam.Hrkh