Sunday, March 27, 2011

Ditangguh

Pertembungan IMDAN dan PMIUTM terpaksa ditangguh, atas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan.Kesempatan yang ada diharapkan digunakan sebaliknya oleh kedua-dua pihak.

Monday, March 21, 2011

misi memburu kejayaan pertama

Perhatian kepada semua mahasiswa kelantan yang masih berada di UTM, insyaallah HAD ini kita akan mengadakan perlawan pertama bola sepak musim ini, menentang PMIUTM.

"Ini merupakan salah satu wadah IMDAN bagi mengikat silaturrahim antara anak-anak kelantan di bumi Utm dan juga memparkenalkan Imdan itu sendiri dimata masyarakat UTM.Disamping untuk menenangkan fikiran dari tekanan pembelajaran yang semakin hari semakin susah",kata presidennya,saudara Ismarizal Ismail, apabila ditanya oleh wartawan Imdankini.

Semangat Red worriors telah lama menular didalam diri anak-anak kelantan, namun kesemtan waktu yang terbatas menyebabkan beberapa rancangan perlawan terpaksa ditangguhkan,tambah beliau.Kami dari peringkat jawatankuasa Imdan mengharapkan sokongan dari semua mahasiswa untuk menjayakan program ini.Insyaallah selepas ini kita akan mengatur beberapa perlawanan dan juga program untuk mengikat lagi persaudaraan anak-anak kelantan.Perlawanan bola ini dikendalikan oleh Exco sukan Imdan, iaitu Abdul Roni.



Saturday, March 12, 2011

IMDAN: Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran.


1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

sumber: Ridzuan Rahman

IMDAN: Kekalahan sulung Kelantan musim ini

Kekalahan sulung Kelantan musim ini


SKUAD The Red Warriors bimbingan Datuk M Karathu menerima dengan hati terbuka kekalahan sulung mereka dalam saingan Liga Super musim ini selepas tewas 0-2 kepada Pahang di Kuantan malam tadi.
Keputusan itu sekalipun amat pahit namun menjadi pengajaran berguna kepada Kelantan untuk dijadikan panduan penting bagi menghadapi Felda United pada saingan suku akhir pertama Piala FA Selasa ini.
Pahang yang bermain pada prestasi terumbang-ambing sebelum ini, sebaliknya mempamerkan permainan baik untuk melebur rekod tanpa kalah Kelantan sepanjang enam perlawanan lalu.
Pada separuh masa pertama serangan kedua-dua pasukan agak seimbang. Percubaan Kelantan yang dilakukan Norshahrul, S Chanturu dan barisan tengah yang lain banyak tersasar. Namun pada minit ke 43 benteng Kelantan berjaya dibolosi oleh R Surendran untuk Pahang mendahului Kelantan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua Kelantan banyak melakukan serangan bertali arus ke gawang Pahang, namun nasib tidak menyebelahi Kelantan banyak percubaan Kelantan berjaya diselamatkan dan ditepis baik penjaga gol Pahang Mohd Rosfaizul Azuar.
Kelantan bermain baik tetapi sukar memperolehi penyudah yang bagus. Buat pertama kali Kelantan menurunkan Wan Rohaimi menggantikan Nurul Azwan Roya, sukar bagi pemain yang sudah lama direhatkan ini mempamerkan aksi terbaiknya apabila rentak permainannya dan pemain Kelantan lain kerap dihentikan akibat kecederaan pemain Pahang yang seperti sudah mula menggunakan taktik melengah-lengahkan masa.
Pertukaran lain Mohd Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan Piya dan Danial Fadhly dibawa masuk menggantikan K Soley. Meskipun Kelantan melakukan banyak pertukaran, taktikal yang sering diamalkan Datuk M Karathu tampak tidak menjadi pada malam tadi.
Pada masa tambahan pemain Pahang Faizol Hussin berjaya menambah derita Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua Pahang. Keputusan Pahang 2-0 Kelantan kekal hingga tamat perlawanan.
Pasukan Kelantan masih kekal di tangga teratas liga berkongsi mata bersama Felda United dan Selangor yang masing-masing dibezakan dengan jumlah bolos dan jaringan. Hanya Perak yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan, namun Skuad Seladang kini jatuh ke tangga keempat liga.
Datuk M Karathu harus mengkaji kelemahan perlawanan ini yang menampakkan barisan pertahanan alpa di minit-minit akhir perlawanan.
Jaringan di penghujung masa perlawanan kerap berlaku pada perlawanan sebelum ini tetapi Kelantan kembali bangkit menyamakan kedudukan atau menang, namun semalam kebangkitan saat akhir Kelantan nampaknya sudah terlambat dan tidak membuahkan sebarang hasil.
Taktik bangkit pada separuh masa kedua yang sering dipraktikkan Kelantan sejak beberapa perlawanan lalu juga harus diubah. Rehat yang panjang saingan Liga Super nanti diharap mampu meneruskan penguasaan Kelantan bagi baki saingan Liga Super 2011.
www.theredwarriors.com

Thursday, March 10, 2011

BANTAHAN HENDONISME~







Alhamdulillah setelah barisan MPM dan persatuan-persatuan Islam menyatakan suara ketidakpuasan hati MAHASISWA tentang program ini terhadap pihak penganjur, beberapa perkara yang boleh melalaikan minda mahasiswa telah dipersetujui untuk mencari pendekatan lain.IMDAN mengucapkan tahniah kepada barisan yang terlibat dalam menyatakan suara bantahan ini.Kami menyokong penuh.


Antara resolusi yang dapat dicapai adalah:-


1) Battle of the band akan dibatalkan dan diganti dgn unit kebudayaan utm.
2)The times diteruskan kerana mengambil kira perjanjian yang telah dibuat. Tetapi pemisahan antara penonton lelaki dan perempuan akan dibuat. Kawalan agar the time menurut adab etika juga akan dilaksanakan serta akan dikawal oleh RELA dan keselamatan UTM.
3) Rumah hantu telah di set up dan juga tidak dapat dibatalkan. tetapi mendapat persetujuan agar tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan.kami dimaklumkan tiada orang yang bertugas menjadi hantu tetapi hanyalah audio dan visual seram.



Tuesday, March 8, 2011

IMDAN: Farahhana Perlu Bertaubat Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin



Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.
"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya. -SH


 sumber



 



                                            inilah mentor farahana jamaludin









Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.
"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya. -SH


Tuesday, March 1, 2011

kelantan mengganas lagi

Kelantan mengganas lagi.



Alhamdulillah hari ini melengkapkan kemenangan ke-4 selepas seri menentang Kedah minggu lalu. Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-6 dan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed ke IV.
Percaturan Datuk M Karathu menjadikan Kelantan lebih selesa di takhta Liga meninggalkan yang lain.Kunjungan Negeri Sembilan ini menjadi pungutan mata bertamah kepada 14 mata meninggalkan Perak di tangga kedua. Perlawanan seterusnay 12 Mac nanti.Perlawanan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur,Kuantan.Jangan kendurkan sokongan kita untuk kelantan.Sama-sama kita doakan kemenangan Kelantan.~asal klate bereh blako.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 01/03/2011 (SELASA)

Kelantan 3 - 0 Negeri Sembilan

Selangor 2 - 0 Kedah

Terengganu 3 - 0 Johor FC

Felda United FC 2 - 0 T-Team

Perak 1 - 1 Harimau Muda 'A'

Pahang 2 - 2 Sabah

Perlis 0 - 0 Kuala Lumpur